Sepanjang hidup ini banyak dugaan yang kutempuhi untuk berada ditahap ini. Namun begitu, UMI merupakan orang yang banyak berkorban demi kami adik-beradik. Kesusahan sangat terasa sejak aku kecik lagi, aku masih ingat lagi semasa aku kecik, aku berumur antara 13 dan 14 aku telah belajar apa itu "PENGORBANAN" serta erti dalam kehidupan. Kenangan yang aku x kan lupa ialah semasa aku tahan taut untuk mendapatkan wang ringgit untuk kesekolah. Kesukaran dalam kehidupan membuatkan aku kuat dan tabah dalam mengharungi erti kehidupan yang berliku.
Ketabahan seorang insan yang bergelar UMI sangat bermakna bagi aku kerana tanpa umi mungkin kinI aku tak sampai ke tahap ini. Seorang insan yang bergelar UMI mengajar aku mengenal dunia serta memberikan aku semangat dikala aku tidak terya lagi dalam meneruskan perjuangan kehidupan yang berliku ini. Sungguh Kesusahan dalam kehidupan banyak mengajar aku untuk bertahan serta berjuang dalam kehidupan ini. ADAKAH AKU MAMPU MEMBALAS JASANYA? ini menjadi tanda tanya kepada diriku. Berbekalkan semangat UMI lah aku sampai disini. Kata-katanya kepada aku tak akan aku lupa sampai aku besar.
Setelah berhempas pulas dengan bermacam2 karenah serta masalah yang di hadapi kini aku amat bersyukur dengan apa yang telah aku kecapi . Walaubagaimanapun, aku kini belum sampai ke tahap apa yang aku ingan capai dalam kehidupan ini. Banyak lagi halangan dan cabaran yang aku perlu tempuhi.
No comments:
Post a Comment