Impian seorang nelayan
Burung Camar hinggap di jejari
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung
Mimpi tentang untung
Biduk hanyut dibawa ombak
Laut Cina Selatan
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung
Mimpi tentang untung
Biduk hanyut dibawa ombak
Laut Cina Selatan
Dalam mimpi berkata sang duyung
‘Wahai nelayan kau anak laut
Di sini tempatmu
Di sini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan
Ada balasannya’
‘Wahai nelayan kau anak laut
Di sini tempatmu
Di sini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan
Ada balasannya’
Mega mendung
Laut pun bergoncang
Nelayan tersentak biduk sesat haluan
Sang mentari terlindung
Pantai tak kelihatan
Tawakkal jalan akhirnya
Laut pun bergoncang
Nelayan tersentak biduk sesat haluan
Sang mentari terlindung
Pantai tak kelihatan
Tawakkal jalan akhirnya
Dalam pondok kecil beratap rumbia
Seorang ibu memandang hari muka
Sambil ia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan
Seorang ibu memandang hari muka
Sambil ia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan
Wahai anak yang sedang menangis
Mungkin kini engkau tak mengerti
Bila kau dewasa dan pandai nanti
Pengorbanan ayahmu sayang
Jangan kau lupakan
Mungkin kini engkau tak mengerti
Bila kau dewasa dan pandai nanti
Pengorbanan ayahmu sayang
Jangan kau lupakan
- Antara bait dalam lagu ini, amat memilukan hati aku. Pada aku, M.Nasir menceritakan keadaan dan pengorbanan ibu dan bapa dalam mencari rezeki untuk membesarkan seorang anak. Seorang nelayan yang tahu arah perjalanan hidupnya, tetapi tidak berkeyakinan menghadapi realiti dan keadaan semasa” . Mimpi tentang duyung dan untung ” – melihat kesusahannya akan berakhir. ”Disini tempatmu, disini rezekimu ” mungkin dimaksudkan sebagai realiti sebenar kehidupan. Payah dan jerih. Dengan keadaan yang tidak menentu, tawakal kepada Tuhan setelah berusaha, akhirnya adalah jalan keluar. Begitu jugalah seorang ibu yang mencari jalan keluar untuk keluarganya. Kesusahan dan kehimpitan kehidupan. Hidupnya susah. Dan pada rangkap terakhir, anak yang inosen diberikan soalan adakah tidak faham tentang realiti hidup ini, adakah dia mampu memahami keadaan ayah dan ibunya?
No comments:
Post a Comment