Pages

Thursday, 24 May 2012

KISAH SEORANG MAT REMPIT


Pengakuan Ngeri Seorang Bekas Mat Rempit

Seorang wartawan telah menebual seorang bekas mat rempit yang bernama Jibraun. Di bawah ini adalah pengakuan mat rempit itu, kenapa dia meninggalkan dunia rempit selama-lamanya.

Kisah Pertama

Waktu itu aku berada di Jelutong. Jalan tu kan penuh sesak. Badan aku pulak besar sedikit. Pada hari tu aku menumpang seorang kawan pergi ke Komtar naik motor kapcai. Dia pun kaki rempit jugak macam aku. Kitorang selit sana cilok sini, wheely sana wheely sini.

Sampai satu tempat dia mencelah antara dua buah kereta. Motor lepas, dia lepas, tapi dua-dua lutut aku tak lepas. Kedebuk, aku terduduk tengah jalan sambil terkangkang. Semua orang tengok aku! Cinabeng, macam sami Buddha aku duduk sorang-sorang tengah jalan yang penuh sesak dengan kenderaan.

Lepas tu kawan aku patah balik sambil gelak bagai nak putus urat dia. Sioot…malu aku, maluuuu..

Kisah Kedua

Hari tu aku tumpang member serempit naik motor pergi town. Sampai kat traffic light dia pun berhenti. Entah apa angin, masa tulah aku teringat nak hisap rokok. Aku pun turunkan kedua-dua kaki aku dan berdiri sikit, seluk poket nak ambik lighter dalam poket seluar.

Tapi waktu tulah jugak lampu bertukar jadi menjadi hijau. Kawan aku terus wheely meninggalkan aku yang tengah berdiri sambil berjingkit nak ambil lighter dalam seluar.

Phuiii…satu bandar orang nampak aku berdiri terkangkang sorang-sorang kat lampu isyarat? Macam apA entah? Nasib baik aku tak kena lenyek dengan lori kat belakang aku.

Kisah Ketiga

Ni kisah lama sikit, waktu sekolah tingkatan tiga. Lepas sekolah cepat-cepat aku balik ambik motor buruk ayah aku, kerana nak pergi pecan. Waktu tu kalau boleh bawak motor dah kira hebatlah tu. Tujuan aku bukan nak beli barang sangat, tapi nak mengurat.

Waktu tu awek-awek sekolah tengah berlonggok tunggu bas nak balik rumah. Waktu tulah jugak aku nak menayang betapa machonya aku. Ada motorlah katakan.

Tapi pada hari kejadian yang sangat memalukan telah berlaku. Masa betul-betul sampai depan awek-awek tu aku boleh tak perasan ada lubang besar. Motor aku pun terlanggar lubang tu, nasib baik tak tergolek dog.

Aku memanglah tak jatuh, tapi ekzos motor ayah aku tu terjatuh. Maka dengan itu bunyi meletup-letup mengalahkan heliKopter. Satu Malaya dengar! Aku rasa macam nak masuk lubang jam..n je waktu tu. Nak ditinggalkan ekzos tu, takut ayah aku marah. Nak ambik, malu.

Tapi aku lagi takut kat ayah aku. Terpaksalah aku cari kertas surat khabar dan ambil ekzos tu. Puhhh, panas bukan main. Lepas tu aku tolaklah motor sampai rumah. Awek-awek tu semua ketawakan aku.

Jadi aku nasihat kepada korang semua, janganlah menjadikan rempit ini satu bidang dalam hidup korang. Janganlah bercita-cita untuk ke arah dunia rempit. Baik korang semua tolong mak korang jual kuih sepit dapat gak hasilnya…peace…

No comments:

Post a Comment